bababa babanana(2x) (potatoooo) #TrendMasaKini
Ramadhan Kareem semua. Ahlan ya Ramadhan. Kedatanganmu dinanti, pemergianmu ditangisi.
Ya Exam, kedatanganmu ditangisi, permergianmu dinanti.
TETAPI, ibadah haruslah sekencang study. cecehh.
Pada bulan baraqah ini, sepertimana yang kita sedia maklumlah, kena puasa. Sebulan. Penuh. Bukan 'kena' tapi wajiiiiiib~ Tapi, adakah puasa itu, hanya menyekat diri daripada makan? oh tidaaak, tidak sama sekali. Kita bukan cuma tak kasi perut kita makan, malah kita biarkan nafsu kita kelaparan. (biarkan, biarkan dia lapar) Macam mana kita nak kasi dia lapar? dengan menyekat segala yang kita nak lah kan (yang tidak mendatangkan keuntungan) kekekeke. Cuntuh, mengumpat, boros, bercicit, berpesbuk.....etc
Tu semua nafsu tu. Tinggalkan segala benda-benda lagha ni!! Harapnya kita dapat tangani dengan cemerlang, mumtaz ye. Syaitan kan dah kena ikat. Tinggal nafsu je yang kita kena perang. Kita berjihad. Dan jihad yang paling besar, adalah jihad melawan nafsu. Hebak mung kalo dapak tawang. Hebak.
Puasa di bulan Ramadhan lebih dari itu, lebih dari puasa-puasa kita pada hari-hari biasa. Sebab tu dia special. Apa yang lebihnya tu? Amalan kita. Dalam kita dok sibuk main star wars dengan nafsu, kita upkan sikit power ibadah, amalan kita. Dengan ini, nafsu boleh ditangani, dosa kurang, pahala tambah. haaa kan molek gitu. Sebab itu juga, Ramadhan digelar bulan tarbiah. Yang kurang baik, jadi baik. Yang baik, jadi lebih baik.
Dalam bulan Ramadhan ni juga, ada satu malam ni pada 10 malam terakhir iaitu, malam Lailatul Qadar. Bulan-bulan lain tarak. Bulan Ramadhan sahaja. Malam yang awesome. Kejarlah. Biar bersengkang mata. Tiada rugi. Sungguh. Rasulullah SAW, kekasih Allah SWT juga berusaha mengejar malam itu. Inikan kita? Kita yang kerdil ni? AllahuT-T Jangan sombong. Jangan sombong.
"Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-
qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Beribadahlah pada waktu itu. Just put on your best show. Kalau dapat, Subhanallah, Alhamdulillah. Nikmatnya. Doalah dipertemukan dengan malam itu.
Kalau boleh, setkan target. Apa yang kita nak buat. Time ni lah nak boost amalan-amalan kita. Nak syurga kan? ehhe. Oh ye jangan lupa sahur juga. Sahur jangan terlalu awal, jangan terlalu lambat. 30 minit sebelum azan sudah memadai. Buka juga jangan dilewatkan. Berhenti makan sebelum kenyang ya. Jangan berompa-ompaan dengan makanan-makanan tu. Ingat juga saudara-saudara kita yang kurang bernasib baik, di bumi Gaza, Syria etc. Berbukakan apa mereka? T-T Muhasabah. Tarawih complete ye tahun ni, insyaAllah:D
Doakan juga untuk Mesir. Saudara-saudara kita sedang berjihad mempertahankan yang haq. Mereka mengharapkan doa kita. InsyaAllah kullu kheir.
Assalam



