For previous tests, I'm hoping for the best. mumtaz untuk ummah! bertawakkal itu perlu. doa juga perlu. serahkan segalanya pada yg maha Pemurah, Maha Penyayang. kejayaan yang kita dapat tidak semestinya daripada usaha kita. Itu adalah rahmat daripadaNya.
Pernah sekali, pergi ceramah ni, akak tu kata, kita masuk ke dalam syurga, bukan sebab amalan kita. ianya adalah kerana rahmatNya.
kalau nak kira kita punya amalan, belum tentu cukup untuk jadi tiket masuk syurga. ada satu cerita ni, seorang yang alim pun, yang begitu banyak amalannya, apabila ditimbang amalan itu, hanyalah seberat 2 biji matanya. maka, dia berdoa,
"Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga dgn RAHMATMU"
janganlah sesekali berputus harap dengan rahmatNya, kerana Allah itu Rahman, Allah itu Rahim. Innallahama'ana.
Jika Dia menolong kamu, maka tidak ada apa yang dapat mengalahkanmu. Tetapi jika Dia membiarkanmu, maka siapakah yang dapat menolongmu setelah itu. kerana itu, hendaklah kepada Dia sahaja orang mukmin bertawakkal. (surah 3: ayat 160)
Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita. Mungkin sahaja Allah mahu uji kita supaya kita menjadi lebih kuat, mungkin sahaja Allah mahu kita berusaha lebih lagi dan sedar akan kesilapan kita, mungkin sahaja, apa yang kita mahukan itu bukan yang terbaik untuk kita, yang boleh membawa kita kepada kemungkaran, mungkin sahaja Allah mahu menghapuskan dosa-dosa kita, dan mungkin sahaja Allah rindu mendengar tangisan hambaNya:)
marilah kita bersama-sama melepasi ujian ini with flying colours. weee smile always. sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah xkan membebankan hambaNya dengan sesuatu yg tidak tertanggung oleh hambaNya.
Wallahu'allam.
mood: study sampai tepu
Assalamualaikum:)