Sepi lagi
Sepi dibuai mimpi
Leka dibuai indahnya mimpi
Aku tersedar
Oh rupanya mimpi ngeri
Dan ...... aku tersadung lagi
Hari ini
Aku menyusun kata
Melangkah bicara
Tapi
Jahil itu ada
Dan aku akan pasti tersasar
Jauh
Esok tidak seperti hari ini
Mungkin lebih baik
Mungkin tiada diubah
Mungkin....
“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.
Hari ini
Pasti akan pergi
Dan kau tidak akan bertemunya lagi
Di hadapan kau ternanti-nanti
Jangan rugikan diri
Jangan pula celakakan diri
Kerana esok pasti akan berlalu pergi
Dan kau tidak akan bertemunya lagi
Aku cuba menyusuri
Sisa- sisa hidup yang berbaki
Agar banyak yang boleh aku baiki
Supaya aku tidak menangis nanti
Aku mengharap rahmat ilahi
Kerana dosaku
Tidak terhitung sehingga mati
YA ALLAH!
Kau thabatkan hati ini
Berada di jalanMu
Dan jangan kau bolak balikkan
Hati ini
Kerana sememangnya
Aku tidak layak ke FirdausMu
Tidak pula sanggup ke NerakaMu
Semoga kita sentiasa terpilih olehNya untuk membuat amal insyaAllah:) Sentiasa tajdid niat supaya amal kita tidak berakhir hanya dengan perbuatan. Berusaha dan istiqomah. Aja-aja fighting!XP
Bunga-bunga cinta <3
