12.1.2014
mesir ku mesir
di sini aku menyusun agenda tersendiri
kau guruku dalam mengenal erti
erti yang tiada ternilai
kau menyaksikan hijrah ini
hijrah dua benua
hijrah dalam diri ini
mesirku mesir
disini aku berdiri lagi
menyaksikan pelbagai agenda dunia
warna-warna agenda musuh
aku buta selama ini
disini aku melihat
membuka mata minda kotak fikiran cetekku
Azan berkumandang
dua melebihi satu
rapi kedai-kedai di kaki lima tertutup
menyambut seruan ilahi
bukan untung dunia dicari
tapi saham akhirat yang hakiki
ku lihat si tua berlari kencang mengejar redha Al Maliki
menongkat dagu aku merenung
aku menangis
siapa aku?
hon kereta kedengaran
teriakan usah dibicara
himpitan di dalam tram, ditipu arab
menguji kesabaran
aku merungut sendiri
mengapa?
aku terkadang lupa
Ini adalah bukti kasih sayang ilahi.
di kala menggigil kesejukan
aku merungut lagi
mengapa?
aku lupa saudaraku di luar
berbumbungkan langit
berdindingkan angin dingin
berlantaikan jalan lembab
hanya bertemankan selimut nipis dan adanya bercarik
aku buta lagi
menaikkan diri sebagai seorang syabab
aku kalah dalam perang mainan dunia
aku kalah di medan perang bersama hati sendiri
aku menangis
menangis dan terus menangis
kini ku mengerti kata-kata mereka
dikau mesirku
ada mutiara di sebalik debu
aku menambah agenda
mengikut tambahnya nilaimu
di bumi barakah ini aku memasang misi
ku genggam erat
cabaran syabab sejati!